Lelaki Berjoging Dakwa Dia Doctor, Selepas Berperang Mulut Dengan Pihak Polis, Lelaki Ini Kantoi Bukan Staf IJN

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mendakwa beliau seorang doktor dan sedang berjoging dalam sebuah video yang tular, bukan seorang kakitangan Institut Jantung Negara (IJN).

IJN dalam satu kenyataan hari ini, menuntut pemilik akaun Twitter @khalidismath untuk menarik balik ciapan tersebut dan memohon maaf kerana mencemarkan nama baik IJN dan kakitangannya dengan membuat dakwaan sedemikian.

IJN mengambil perkara ini secara serius kerana sebarang tuduhan terhadap IJN atau kakitangannya akan merosakkan reputasi IJN sebagai sebuah pusat kardiovaskular dan toraks utama di negara ini.

“IJN mengamalkan toleransi sifar terhadap perkara terbabit dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang perlu … IJN menggesa setiap orang untuk bertanggungjawab dan berhati-hati apabila mahu menyebarkan maklumat,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam video yang tular itu, seorang lalaki yang mendakwa beliau seorang doktor telah ditegur pihak polis, kerana berjoging di dalam taman disebalik Perintah Kawalan Pergerakan telah dikeluarkan sehingga hujung bulan ini, di mana lelaki itu membantah dengan mengatakan beliau perlu berjoging bagi menjaga kesihatan dirinya

Lepas ni semua orang boleh keluar rumah..doktor lain duk merayu jangan keluar rumah dia siap cakap saya doktor..dalam hati mesti dia ckp takpe saya kebal virus so boleh berjoging..😑

Posted by Syukri Mat Zaid on Khamis, 19 Mac 2020

— BERNAMA

Artikel Berkaitan   Saksi Menyaksikan Dengan Matakepala Sendiri Mayat Terapung Daripada Thailand Ke Malaysia Melalui Sungai Ini