Lelaki Dakwa Bank Guna Perisan Palsu Pada Mesin ATM, Mohon Pihak Berwajib Siasat

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Kebanyakan individu pasti pernah berdepan situasi gagal mengeluarkan wang akibat masalah pada sistem mesin juruwang automatik (ATM).

Hal sama berlaku kepada seorang pemuda apabila niatnya untuk mengeluarkan wang di mesin ATM sebuah bank dekat Plentong, Johor gagal akibat masalah teknikal.

Namun, apa yang menghairankan pemuda dikenali sebagai Nazri Ishak itu adalah mesin tersebut dikatakan mempunyai masalah kerana menggunakan perisian cetak rompak atau palsu.

Memuat naik foto di media sosial, Nazri mengakui gambar yang diambil adalah asli dan tidak melakukan sebarang suntingan.

“Ada orang cakap aku edit (sunting) gambar itu. Nah metadata untuk gambar ini. Lepas ini cakap aku edit metadata pula ya?” katanya di Twitter.

Terdahulu, Nazri menyindir pihak bank berkenaan kerana menggunakan perisian cetak rompak yang jelas menyalahi undang-undang.

Sementara itu, kebanyakan orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan perkara tersebut yang jelas menimbulkan tanda tanya mengenai soal keselamatan.

Bagaimanapun, ada di kalangan warga maya tidak menyalahkan pihak bank sebaliknya mempersoalkan pihak sub kontraktor yang mengendalikan penyelenggaraan mesin ATM tersebut.

Justeru, mereka berharap perkara tersebut dipanjangkan ke pihak berwajib termasuk Bank Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyiasat perkara itu

kredit projekmm