Lelaki Hilang Jari Gara-Gara Tercucuk Udang, Bakteria Tersebar Sebelum Jarinya Terpaksa Dipotong

Udang merupakan hidupan laut yang paling rendah kandungan kalori, namun tinggi sumber mineral seperti zink, sodium dan selenium. Jadi tidak hairanlah udang sering menjadi pilihan ramai dalam pelbagai jenis masakan.

Namun begitu, proses membersihkan udang bukanlah semudah yang disangka kerana udang mempunyai bahagian-bahagian yang tajam yang boleh mencederakan sesiapa sahaja.

Ia juga menyebabkan seorang lelaki warga Singapura hilang sebahagian besar daripada jari telunjuknya akibat tertusuk udang segar ketika sedang mencuci udang.

Menurut mangsa, dia sudah beberapa kali terkena sebelum ini namun kali ini kesan daripada tusukan udang itu nampak berbeza dan sangat tidak dijangka.

Sehari selepas kejadian, jari mangsa telah bertukar menjadi kehitaman dan juga mengalami demam ringan.

Lelaki berkenaan risau perkara yang lebih buruk berlaku, segera ke klinik dan dirujuk ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan.

Beliau menerima rawatan awal dan menjalani pembedahan sehinggakan sebahagian dari jari telunjuknya terpaksa dibuang akibat jangkitan dari bakteria.

Menurut doktor, jika terlambat, bakteria berkenaan boleh merebak hingga ke hujung lengan dan anggota badan yang lain.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   Objek Misteri Yang Memasuki Bumi Tempoh Hari Bukanlah Asteroid Tapi Ia Juga Berasal Dari Bumi