Lelaki Ini Ditemui [email protected] Tertiarap Semasa Menangkap Ikan. Polis Kongsi Apa Sebenarnya Yang Berlaku

PADANG BESAR – Seorang lelaki ditemui mati lemas dipercayai akibat diserang sawan ketika menangkap ikan bersama enam rakannya di Empangan Timah Tasoh, Bukit Manik di Beseri dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mangsa, Faizal Aziz, 31, ditemui rakannya dalam keadaan tertiarap di permukaan air.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, mangsa dikatakan pergi ke lokasi kejadian bersama enam rakannya untuk menyerkap ikan kira-kira pukul 9 malam semalam.

“Mangsa bagaimanapun ditemui dalam keadaan tertiarap di permukaan air kira-kira pukul 10.20 malam tadi sebelum salah seorang rakannya menghubungi pihak polis dan bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Mayat mangsa dibawa ke darat kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi dan hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah dikesan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, maklumat yang diperoleh daripada abang mangsa, Jaafar Sidik, 54, mangsa mempunyai sejarah penyakit sawan.

Tambahnya, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dekat sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Hati-Hati! Sekiranya Anda Selalu Korek Telinga Dengarkan Ini. Pakar Kongsikan Mungkin Gegendang Boleh Bocor