Lelaki ini kira duit tepi restoran, reaksi kanak-kanak dapat KFC bikin sebak

Tak susah untuk kita menggembirakan hati orang lain. Hal ini kerana bukan semua insan di dunia dilahirkan dalam keadaan bertuah dan hidup senang-lenang.


Menerusi satu perkongsian video di Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Samuel Lee Wui Phung telah memuat naik satu rakaman memaparkan seorang wanita yang memberi makanan kepada dua orang kanak-kanak.

Seronok dapat makanan

Menurut Samuel, teman wanitanya telah membungkus makanan dari restoran makanan segera di Sabah dan memberikan kepada kanak-kanak tersebut yang kelihatan lapar ketika duduk di tepi restoran berkenaan.

Lebih mencuri perhatian apabila reaksi mereka selepas mendapat makanan itu sangat menyentuh hati kerana masing-masing tersenyum gembira.

Nampak kanak2 tu kira duit depan KFC

Tambah lelaki itu lagi, dia tergerak hati untuk membelikan makanan kepada mereka selepas melihat kanak-kanak tersebut mengira duit yang dikeluarkan daripada poket masing-masing.

 kanak-kanak

Kagum dengan kebaikan bro Sam

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen pada posting itu dengan memuji tindakan murni Samuel.

Mereka juga mengucapkan terima kasih dan berasa sebak melihat reaksi kanak-kanak tersebut selepas menerima makanan daripada teman wanita lelaki berkenaan.

Terima kasih bro. Salute!

Semoga Tuhan memberkati tuan

Sumber: Samuel Lee Wui Phung