Lelaki Ini Membuat Kejutan Menyambut Hari Lahir Rakannya Dengan Menembak Mati 2 Orang Dan 3 Lagi Cedera

SANTA CLARITA: Seorang remaja lelaki menembak mati dua rakannya pada sambutan hari lahirnya ke-16, manakala tiga lagi cedera dalam kejadian di sebuah sekolah tinggi di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 7.30 pagi waktu tempatan itu, remaja terbabit cedera parah selepas menembak dirinya sebelum ditahan polis.

Polis berkata, pelajar menyembunyikan diri di dalam kelas sementara yang lain menyebarkan maklumat insiden itu selepas suspek menyerang menggunakan pistol .45 semiautomatik berkaliber.

Kapten Kent Wegener berkata, rakaman video kejadian menunjukkan suspek mengeluarkan pistol dari dalam beg galasnya lalu melepaskan tembakan ke arah lima remaja sebelum menembak kepala sendiri.

Mangsa terbunuh masing-masing pelajar perempuan dan lelaki berusia 16 tahun dan 14 tahun.

Tiga lagi pelajar yang cedera iaitu seorang lelaki dan dua perempuan, berusia antara 14 tahun hingga 15 tahun.

Artikel Berkaitan   “Harimau Sesat Di Bukit Besi Mungkin Haiwan Belaan Orang Kampung”