Lelaki Ini Mengamuk Sambal Menghayun Parang Di Tempat Kerja Maut Ditembak Polis. Setelah Disiasat Ini Rupanya Motif Kejadian

Seorang lelaki yang mengamuk di tempat kerjanya dengan menetak dua individu mati ditembak polis dalam kejadian di sebuah kilang membuat peralatan perubatan di Bayan Lepas dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, suspek berusia 25 tahun tersebut mati di tempat kejadian, manakala salah seorang mangsa iaitu penyelia wanita berusia 47 tahun meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Seorang lagi mangsa iaitu pengawal keselematan kilang lelaki berusia 53 tahun menerima rawatan di hospital sama dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan berkata, pihaknya terpaksa melepaskan tembakan ke atas suspek kerana dia cuba menyerang polis.

“Polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai suspek yang sebelum itu telah menetak dua mangsa tersebut.

“Suspek sambil memegang dua bilah parang cuba menetak polis sebelum tembakan dilepaskan bagi mempertahankan diri,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian semalam.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun sedang melakukan siasatan berhubung motif sebenar suspek bertindak sedemikian.

“Dia didapati berada dalam keadaan kemurungan sejak beberapa bulan dan hari ini suspek datang ke kilang selepas seminggu tidak hadir ke tempat kerja.

“Difahamkan dia juga telah memberikan surat peletakan jawatan yang sepatutnya berkuat kuasa hujung bulan ini,” katanya lagi.

Anbalagan berkata, dalam kejadian itu, pihaknya turut menemui dua bilah parang dan sebilah pisau yang dibawa oleh suspek. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   “Apa Ni Semua Panic Buying. Pergi Supermarket Nak Beli Benda For Dinner Cooking. Mak Oiii Semua Tengah Panic Buying.”- Michael Ang