Lelaki Mabuk Ini Bila Polis Minta Lesen Memandu, Dia Bertindak Mengunyah Lesen Tersebut. Ini Respon Polis

CHEREPOVETS, Rusia – Seorang pemandu mabuk cuba memakan lesen memandu di hadapan seorang anggota polis yang menahan kenderaannya, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Menurut laporan, beberapa anggota polis melihat suspek tersebut berjalan terhuyung-hayang di kaki lima jalan bersama seorang wanita mabuk baru-baru ini.

Dia kemudian memasuki sebuah kereta dan memandu pergi.

Polis menahan kenderaan yang dipandu lelaki itu di sebuah simpang terdekat di bandar ini dan meminta untuk memeriksa lesen memandu suspek.

Lelaki tersebut yang namanya tidak didedahkan kemudian mengeluarkan lesen dan memasukkan dokumen itu ke dalam mulutnya.

Dia mula mengunyah lesen itu sambil diperhatikan oleh anggota polis.

Seorang anggota polis tersebut yang tidak kagum dengan perbuatan suspek berkata: “Jangan lupa telannya sekali.”

Polis merampas kereta suspek dan mendakwanya. Media tempatan melaporkan, lelaki itu bakal dikenakan larangan memandu. 
– Agensi

(Visited 146 times, 1 visits today)