Lelaki Menyamar Sebagai Perempuan Siap Bertudung Berjaya Ditangkap Paling Memalukan Ia Dipaksa Buka Tudung

PETALING JAYA: Seorang lelaki bekas banduan sanggup menukar identitinya dengan menyamar sebagai wanita semata-mata untuk melakukan onar dengan mencuri di sebuah bilik solat wanita di sebuah surau kompleks membeli belah, di Bandar Sunway di sini hari ini.

Lelaki itu yang siap bertudung bagaimanapun berjaya dicekup pihak keselamatan pusat membeli-belah terbabit dan lebih malang apabila identitinya terbongkar.

Mangsa sebelum itu menyedari dompetnya hilang, sejurus selesai menunaikan solat Asar di surau terbabit
dan terus menemui pengawal keselamatan untuk membuat aduan.

Pengawal keselamatan kemudinnya memaklumkan kepada mangsa, suspek telah ditangkap dan semua barangan yang hilang dibawa ke Balai Polis Sunway.

Suspek yang juga bekas banduan ditahan ketika menyamar sebagai seorang wanita. – Foto PDRMHasil siasatan awal polis mendapati, suspek baharu sebelas hari keluar dari Penjara Kajang dan memiliki rekod jenayah termasuk kesalahan mencuri.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Mohammad Azlin Sadari, yang mengesahkan kejadian itu berkata suspek kini direman selama empat hari sehingga Rabu.

Artikel Berkaitan   Lelaki Ini Terkejut Kerana Dompetnya Yang Hilang 14 Tahun Lalu Dijumpai