Lelaki Muda Ini Terpaksa Menghabiskan 1 Abad Hidupnya Dalam Penjara Kerana Menghina Nabi Muhammad

Seorang lelaki yang merupakan pemilik akaun Facebook Ayea Yea dijatuhi hukuman penjara 10 tahun 10 bulan terhadap 10 pertuduhan kelmarin kerana memuat naik komen berbentuk hinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Tertuduh, Alister Cogia, 22, mengaku bersalah di atas 10 pertuduhan ke atasnya yang dibacakan oleh Ketua Pendakwa Raya Sarawak, Isa Hassim dan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azhari Yusof. Ketika prosiding berlangsung semalam, tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Hakim Jason Juga yang menjatuhkan hukuman itu turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM50,000 bagi kesalahan yang dilakukan sekiranya mahu mengurangkan hukuman penjara 10 bulan.

Menurut pertuduhan, Alister yang berasal dari Singai, Bau, Sarawak didakwa membuat ko­men yang boleh me­ngugat keharmonian di Facebook menggunakan akaun Ayea Yea dan dia didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 9 Februari lalu, pukul 7.11 malam, 10 Februari, pukul 12.56 tengah malam, 14 Februari, pukul 1.28 pagi dan pada 24 Februari lalu pada pukul 10 dan 10.15 malam.

Dia didakwa mengikut Sek­syen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Alister ditahan di sebuah rumah yang tidak bernombor di Singai, Bau pada pukul 12.15 tengah malam pada 3 Mac lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiga lagi individu lain iaitu pemilik akaun media sosial, @alvinchow333, Danny A antonioJr. dan Yazid Kong dikesan melakukan kesalahan berkaitan menghina Nabi Muhammad SAW telah dituduh di ibu negara kelmarin.

“Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah dan sebutan semula kes untuk pemilik akaun @alvinchow333 dan Danny A antonioJr. adalah pada 5 April ini.

Artikel Berkaitan   Adik 13 Tahun Gian “High” Lalu Diberi Habuan Lepas Tangkap Ketam. Ini Pesanan Untuk Yang Ada Anak

“Sebutan semula kes untuk pemilik akaun Yazid Kong bagi fakta kes serta hukuman akan ditentukan pada 11 Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.