Lelaki Nekad Pelihara Rambut Hingga Pecah Rekod Dunia Memiliki Rambut Paling Tinggi

Joseph Grisamore telah memegang rekod dunia dengan tampil rekaan rambut ala mohawk yang paling tinggi di dunia.

Rambutnya itu mencatatkan ketinggian 42.5 inci, atau bersamaan 107.95 sentimeter, hampir sama dengan ketinggian seorang budak lelaki berusia 5 tahun.

Bagi merealisasikan impiannya untuk memiliki rambut tertinggi di dunia, isteri dan ibunya membantu menyiapkan rambut dengan menggunakan spray rambut khas.

Beliau sebelum ini juga pernah cuba untuk memecahkan rekod rambut Mohawk paling tinggi pada 2006, namun gagal sebelum berjaya membaiki rekod terbabit pada tahun 2019.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Kami Memang Percaya” Walaupun Ustaz Ini Terlantar, Namun Ia Kuat Mengajar Murid Dari Atas Katil