“Lelaki Warga Emas Tercampak Daripada Motosikalnya Ke Tepi Jalan” Penoreh Getah Ini Tidak Sedarkan Diri Selepas Bergesel

Seorang penoreh getah maut selepas motosikal Honda C70 yang ditungganginya bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Isuzu Demak di Kilometer 51, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Chalok Barat di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, Abdul Rahman Jusoh, 66, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, sewaktu kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Isuzu Demak yang merupakan kakitangan Stesen Janakuasa Sultan Ismail Petra, Jeli, Kelantan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandunya didakwa dihimpit oleh motosikal Honda C70 ditunggangi mangsa sebelum bergesel antara satu sama lain.

“Pertembungan itu menyebabkan lelaki warga emas tercampak daripada motosikalnya ke tepi jalan,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Zulkifli berkata, mayat Abdul Rahman telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   300 Orang Sudah Jadi Mangsa, Sekumpulan Penduduk Ini Dijangkiti Penyakiti “Misteri” Yang Tidak Tahu Punca