“Lempar2 air aja.” – Syed Saddiq bengang, pihak polis Garuda nafi kekecohan

Kekecohan yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 antara Malaysia dan Indonesia masih lagi menjadi bualan.

Hampir keseluruhan rakyat Malaysia mengharapkan agar pihak FIFA mengambil tindakan di atas pasukan Indonesia akibat daripada perilaku tidak profesional penyokong tuan rumah terhadap penyokong dari Malaysia.

Memang dah maafkan tapi…
Menteri Belia dan Sukan negara, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut berada di lokasi kejadian telah bertekad untuk membawa perkara ini ke pihak yang lebih tinggi walaupun permohonan maaf telah diterima dari Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia.

Ehh nak bantah2 pulak
Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan oleh media Indonesia semalam telah kembali menambah ‘bengang’ Menteri Belia dan Sukan itu kerana sekadar mengandaikan kejadian tersebut hanya ‘lempar-lempar air’ sahaja.

Sampai guna gas pemedih mata
Menerusi IG story Syed Saddiq, beliau telah mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang mengadaikan hanya berlaku kekecohan kecil sedangkan pihak polis terpaksa menembak gas pemedih mata bagi menenangkan keadaan.

Minta maaf tak cukup
Beliau juga telah membalas kenyaaan media tersebut di akaun Twitternya dan mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen. Rata-rata daripada mereka telah menyokong agar tindakan tegas diambil terhadap penyokong Indonesia kerana bertindak diluar kawalan pada perlawanan tersebut.