“Lepas Jalani Pembedahan Rupanya Ada Komplikasi Lain Di Jantung Ainul”– Anak Masih Kritikal, Pelawak Ali Puteh Rayu Doa Semua

Selepas menjalani pembedahan kelmarin, anak kepada pelawak dan juga peserta Maharajalawak Mega 2019, Ali Puteh dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.

Walaupun sudah mengharungi 12 jam pembedahan jantung, namun terdapat komplikasi lain di paru-parunya. Setakat ini Sharifah Nur Ainul Mardhiah masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan kerana mengalami masalah paru-paru.

Menurut Ali, anak keduanya itu sudah pun membuang air kecil namun keadaannya masih lagi kritikal sama seperti semalam.

Menerusi Instagramnya, Ali memberitahu bahawa dia perlu kuat demi mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan rawatan anaknya dan tetap meneruskan perjuangan di Maharajalawak Mega 2019 walaupun berdepan cabaran hebat ini.

Oleh hal yang demikian, Ali Puteh berkata kepada Harian Metro bahawa dia sangat berharap agar orang ramai terus mendoakan kesejahteraan anaknya agar kuat melalui saat getir ini.

“Apa pun saya tidak akan berhenti berdoa dan terus mengharapkan keajaiban daripada Allah SWT serta doa daripada orang ramai,” katanya.

Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet tak putus-putus mendoakan kesihatan bayi comel itu.

Mereka juga berharap agar rezeki berpihak kepada Ali dan usaha gigihnya mencari wang untuk rawatan penyakit anaknya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Sumber : Harian MetroAli Puteh

Artikel Berkaitan   Ibu Ditahan Dalam Penjara Lahirkan Anak Bersendirian Tanpa Siapa-Siapa