Lepas sebulan beranak, penampilan terbaru Hanis Zalikha persis anak dara!

Selepas melahirkan anak kedua hujung Mei lepas, selebriti cantik Hanis Zalikha dilihat fokus berpantang di rumah. Bayi comel yang diberi nama Alisa Aisyah binti Hairul Azreen terlihat sungguh comel sama seperti anak lelakinya ,Yusuf Iskandar sewaktu kecil.

Mata Mengantuk
Lebih sebulan berpantang di rumah, semalam, Hanis Zalikha telah memuat naik gambar terbarunya bersama suami tercinta semasa menemani Hairul Azreen yang juga seorang pelakon filem menonton teater.

Namun begitu, bentuk badan Hanis Zalikha yang seperti seorang gadis remaja benar-benar membuatkan netizen berasa kagum.

Pertama kali keluar rumah lepas bersalin
Suaminya, Hairul Azreen turut memuat naik gambar isteri tercinta dengan menulis kapsyen memberitahu bahawa wanita kesayangannya baru pertama kali keluar dari rumah selepas melahirkan anak kedua.

Hanis sangat berdisiplin
Menjengah ke ruangan komen posting yang dibuat oleh Hanis Zalikha. Ternyata ramai yang terkejut dengan penampilannya yang begitu langsing. Rata-rata memuji bentuk badannya yang langsung tidak memperlihatkan baru lepas melahirkan bayi.

Hairul Azreen turut meninggalkan komen dengan menerangkan bahawa isterinya begitu tertib dalam menjaga diet ketika sedang berpantang.

Macam anak dara!

Ni gambar 20 tahun lepas ke?

Artikel Berkaitan   Al Fatihah.. “Mohon Doa Agar Arw4h Ditempatkan Dalam Kalangan Orang Beriman,” – Abang Naqiu Meningg4l Dunia