Lim Guan Eng Lega Ayah Hanya Demam Biasa Bukan Covid19

KUALA LUMPUR, 2 Julai ― Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam viral.

Perkara itu disahkan anaknya yang juga Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di media sosial, hari ini.

Menerusi hantaran dimuat naik Guan Eng, Kit Siang berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang tanda penyakit lain.

“Ayah (Kit Siang) dimasukkan ke hospital kerana demam viral (bersyukur bukan Covid-19). Terima kasih untuk setiap ucapan. Doakan beliau segera sembuh,” katanya di Twitter.

Dad Lim Kit Siang (林吉祥) was admitted to hospital with viral fever (luckily not Covid-19). We thank all well-wishers. Pray that he will recover soon.父亲因为发烧(还好不是因为新冠肺炎)而入院了。我与家人感谢大家的问候和祝福,希望父亲早日康复。

Posted by Lim Guan Eng on Rabu, 1 Julai 2020

Kit Siang merupakan antara veteran politik paling lama di Malaysia selepas mula menjadi ahli parlimen sejak 1969.

Selain itu, Kit Siang juga pernah pernah mengetuai blok Pembangkang Parlimen Malaysia dari 1974 hingga 1999.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   “Jenama Saya Sendiri. Saya Buat Ini Sebab Saya Tengok Sanitizer Di Pasaran Sudah Kurang…” Safawi Rasid Jual Produk Hand Sanitizer