“Luah Masalah Di Laman Sosial Satu Langkah Bijak”

Pasti ramai tahu penyanyi dan pengacara Elly Mazlein sememangnya seorang yang sangat lantang bersuara di media sosial lebih-lebih lagi melibatkan kehidupan peribadinya.

Bersifat terbuka berkongsikan segala berlaku dalam kehidupannya di media sosial, Elly Mazlein beranggapan tindakannya itu adalah cara terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


“Kadang-kadang kalau kita tak luah, orang tidak tahu. Seperti sedia maklum, kita hidup dalam bermasyarakat dan kalau sesuatu perkata itu tidak diperjelaskan ia mampu mengundang pelbagai isu.

“Saya percaya, berkongsi luahan di laman sosial itu suatu langkah bijak,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya jika tindakannya itu seolah mengaibkan segelintir individu, Elly berkata jangan buat hal jika tidak mahu diaibkan. Dalam pada itu, Elly turut menasihati rakan artis untuk menyelesaikan masalah dengan cara terbaik.

“Sekarang ni tak perlu nak cerita pasal aib sangat, kalau tak mahu diaibkan, jangan buat hal.

“Macam-macam isu yang terjadi kebelakangan ini saya pun tumpang sedih. Walaubagaimanapun mereka sendiri harus memikirkan cara untuk selesaikan masalah.

“Kalau nak ikut cara terbaik ia seperti yang saya lakukan sebelum ini. Ternyata ia berjaya,” katanya.

Artikel Berkaitan   “Tak Sanggup Nak Tengok,”- Bunga Citra Lestari Dalam Sebak Menyanyi, Netizen Luah Rasa Simpati