Lucinta Luna Ditangkap, Polis Bingung Tempatkan Lokap Lelaki Atau Wanita

Pasti ramai tahu lagu Bobo Di Mana dinyanyikan oleh Datuk Seri Aliff Syukri, Sajat dan seorang lagi penyanyi Indonesia iaitu Lucinta Luna. Baru-baru ini, Lucinta ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis Ecstacy.

Bagaimanapun, polis Indonesia kini bingung sama ada menempatkan Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.

Menurut laporan media media tempatan, Lucinta ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada 1.30 pagi Selasa. Sehingga hari ini, Lucinta masih disoal siasat polis Metro Jakarta Barat.

Artikel Berkaitan   “Saya Berdoa Supaya Tak Buka Tudung Lagi Lepas Ni”