Luluh Hati Melihat Badan Kanak-Kanak Terbakar 60 Peratus Netizn Turut Sama Berduka

KANAK-KANAK perempuan enam tahun ditemui rentung selepas rumahnya di Taman Lip Sin, Bayan Lepas musnah dalam kebakaran, hari ini.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Penguasa Bomba Kanan II Shamsol Alam Man berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 4.21 petang.

Katanya, sepasukan anggota tiba dan mendapati sebuah rumah teres dua tingkat marak terbakar.

“Kebakaran berlaku di tingkat atas dengan anggaran terbakar 60 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pada 4.47 petang dan seorang mangsa kanak-kanak ditemui terperangkap di tingkat atas.

“Dia disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kerja memadam kebakaran masih berlangsung.