Macam Mana Nak Tau Emas Itu Tulen Atau Palsu? Daripada Bau Pun Kita Dah Boleh Cam

Para suri yang dah lama membeli dan mengumpul pelbagai barangan kemas seperti gelang dan rantai emas tentunya dengan mudah dapat membezakan antara emas tulen dengan yang palsu. Bak kata abang Jo, “Hanya jauhari yang mengenal manikam”… “sekilas ikan di air, sudah tahu yang mana jantan, yang mana betina”.


Bagi yang pakar, bila ditengok pada warnanya dan cukup hanya ditimang-timang dengan tangan, dia dah boleh agak samada barangan kemas yang nak dibeli tu diperbuat daripada emas asli atau sebaliknya.

So, bagi yang ingin tahu tentang cara -cara mengenal emas, che petua kongsikan tips asas petua mengenal pasti emas asli yang che petua baru belajar nie…

Cara Mengenali Emas AsliSalah satu cara yang mudah dipraktikkan untuk kenalpasti antara emas tulen dan emas palsu ialah dengan mencium baunya.

Emas  asli tidak mempunyai bau. Manakala  emas tiruan akan mengeluarkan bau seakan-akan bau besi ataupun bau ikan. Jadi, tricknya ialah menggosok barang kemas tersebut pada seluar jeans atau dockers atau yang seangkatan dengannya sehingga panas dan cuba bau. Jika ada apa-apa bau seperti bau besi dsb.nya, maka kerutkanlah dahi anda pada si penjual dan berhati-hatilah…

Emas yang asli lazimnya memiliki warna yang lebih berkilat berbanding emas tiruan. Jadi kalau waktu membelek-belek emas tu cuba bandingkan dengan gelang emas atau rantai yang kita pakai (err.. pastikan emas yang kita pakai tu asli ler.. hihi…)…

Salah satu kaedah yang biasa diguna oleh tukang emas ialah dengan melakukan ujian haba (heat-test). Diaorang akan bakar barangan kemas tu sehingga membara kemerahan. Lepas tu tengok perubahan yang berlaku. Emas tulen lazimnya tidak akan memperlihatkan sebarang perubahan ketara. Tapi kalau ia meninggalkan kesan kehitaman, makna kata kemungkinan besar itu adalah emas tiruan.

Selain itu, ada juga orang yang uji emas tu dengan ‘magnet’.  Emas tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetik. Jadi bila didekatkan pada magnet, jika dirasakan barang kemas tersebut seperti melekat pada magnet, maka ia adalah palsu.

Satu cara lagi ialah dengan menekan dengan jarum.  Cuba cucuk dan tekankan sikit mata jarum pada barang kemas yang ingin diuji. Sekiranya jarum berkenaan tidak patah, maka barang kemas itu kemungkinan diperbuat daripada emas tulen kerana emas bersifat lembut.