Sekarang ini, sudah semakin banyak cara yang boleh dipraktikan para peniaga untuk mempromosikan produk keluarann masing-masing.
Namun, baru-baru ini netizen telah disajikan dengan satu video iklan produk yang mempromosikan makan tambahan dipercayai untuk kekuatan batin dengan menggunakan dialog yang agak lucah.
Antara inti pati dialog yang terdapat dalam iklan tersebut adalah mengenai hubungan intim antara kekasih bukannya difokuskan untuk pasangan suami isteri.
Malah, nama produk tersebut, iaitu ‘Sperm’ atau air mani juga dianggap keterlaluan dan tidak senonoh. Bukan itu sahaja, pemakaian wanita yang memakai hijab di dalam iklan itu juga dikritik netizen.
Lulus kkm ke ubat ni,marketing dia tahap apa ni gais .. tak malu ke
Posted by Awatni Channel on Saturday, 16 November 2019
Jijik melihat iklan tersebut, rata-rata netizen mengecam iklan tersebut yang disifatkan seakan-akan mengajak orang lain untuk berzina.
Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk tujuan promosi, kerana banyak produk di luar sana mampu berjaya tanpa perlu membuat iklan yang berunsur lucah.