Mahu Naikkan Semangat Pasukan Hadapi COVID-19, Frontliner Di UK Menari Tiktok

Petugas barisan hadapan atau frontliner yang bertugas di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) di negara itu dilihat melakukan tarian TikTok bertujuan menaikkan semangat pasukan mereka, selain menggalakkan orang ramai untuk terus duduk di rumah.

Menurut The Guardian, petugas perubatan di sebuah hospital di Leeds telah menerima lebih dari 50,000 retweet apabila video Tiktok mereka dikongsikan dilaman sosial berkenaan.

Kelihatan petugas di Was J19 Hospital St James melakukan tarian berkenaan dalam satu cabaran tarian iaitu The Blindings Lights The Weekend yang telah menjadi trending sejak beberapa minggu lalu.

Ahli Perunding Dermatologi, Dr. Walayat Hussain yang ditugaskan untuk merawat pesakit COVID-19 berkongsi video itu di Twitter sambil berkata : “Saya bukan pengaruh buruk di wad… Pasukan hebat di J19. ‘Work hard, play hard’.”.

Selain itu, kumpulan pasukan kardiologi di Hospital New Criss di Wolverhampton turut melakukan tarian TikTok di koridor hospital mereka.

Lain pula ceritanya bagi kakitangan di Hospital Telford NHS dan Shrewbury apabila mereka bersama pasukan paramedik, polis dan juga anggota bomba, bersama-sama melakukan TikTok di sebuah tempat letak kereta.

Apa pun terima kasih kepada barisan hadapan di seluruh dunia yang kini sedang bertungkus-lumus mencari penyelesaian bagi merawat wabak koronavirus (COVID-19) ini.

Artikel Berkaitan   Allahuakhbar!! Inilah Sebab Rasulullah Sangat Takut Ketika Berlaku Peristiwa Gerhana

Sumber: Awani