“Mak Dah Tak Boleh Bersuara Lagi. Lidah Mak Dah Mengeras Sepenuhnya” Anak Kongsi Derita Ibu Kanser Tahap 4, Pesanan Terakhirnya Memang Sebak

Pada 19 Februari lalu seorang pengguna Facebook, Nurul Shafina atau panggilan mesranya Piena berkongsi kisah ibunya yang sedap mengidap kanser lidah tahap empat.

“Mohon semua sahabat dan kenalan dalam FB ni. Doakan kesihatan untuk mak saya. Permudahkan segala urusan dan kurangkan kesakitan beliau.

“Sekarang mak tengah bertarung nyawa melawan sakit dia. Piena mohon tolong doakan dia. Mana tahu mungkin salah satu doa diantara kita semua akan dimakbulkan Allah.


“Mak piena hidap kanser lidah (Stage 4) . Sekarang sel kanser dah merebak ke leher . Tapi dia masih lagi fight untuk hidup. Tolong doakan dia. Terima kasih. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian,” tulis Piena dari Hospital Bukit Mertajam.

Pada 4 Mac lalu, Piena sekali lagi berkongsi keadaan ibu tersayang di Facebook beliau.

“Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata-kata. Dah tak boleh bersuara lagi. Lidah mak dah mengeras sepenuhnya. Mak hanya mampu menulis.

“Kata-kata nasihat dari mak, piena akan ingat sampai bila-bila. Kami adik beradik akan ingat pesan mak untuk selamanya. Sebak hati bila baca apa yang mak tulis. Nasihat mak untuk kami adik beradik sentiasa terngiang-ngiang dalam ingatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan mak.


“Mak cepat sihat ya. Piena rindu mak yang dulu. Pina, adik-adik dan abah tak kuat tanpa mak. Kami semua perlukan mak. Mak penyeri rumah. Mak segalanyaaa buat kami,” tulis Piena.

Namun hari ini, 6 Mac 2020, mak Piena kembali kepada pencipta-Nya.

“Al-Fatihah. Mak dah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Mak berehat la disana. Semoga kita berjumpa lagi di syurga nanti.

Artikel Berkaitan   “Saya Lihat Mereka Seolah-Olah Tidak Takut, Saya Terpaksa Tinggikan Suara Dan ‘Cepuk’ Seorang Penunggang”

Allah sayang mak. Kami semua sayang mak. Mak insan terpilih. Mak dijemput Ilahi di hari yg penuh barakah hari yang mulia. Terlerai sudah penderitaan mak selama ni. Semoga Allah kuatkan hati piena, abah, kakak dan adik-adik untuk terima semua ni.

“Semoga mak tenang disana. Mak, mungkin kita terpisah antara dua dunia yg berbeza. Tapi mak tetap dihati kami selamanya hingga ke syurga nanti. InshaaAllah. Ameen. Mak tunggu Piena tau. Assalamualaikum . Berehat puas-puas dekat sana ya mak,” tulis Piena berkongsi pemergian ibunya di hari Jumaat yang mulia ini.

kredit gempak