Mak Siapa Yang Masih Simpan Mangkuk Ni, “Goyang” Juga Hati Nak Jual Kalau Tahu, Dah Boleh Beli Mas Berkilo

Korang mesti pernah tengok mangkuk yang macam atas ni? Kebanyakan orang dulu-dulu suka jadikan mangkuk ni untuk meletakkan kuah laksa atau kuah kacang pada hari raya.

Tapi, tahukah korang mangkuk ni dah diklafikasikan sebagai barang antic yang bernilai tinggi. Melalui carian di ebay, mangkuk berjenama Corningware Vintage Ware Pyrex ini telah dijual pada harga ribuan ringgit. Kalau di ebay, set pinggan mangkuk ni dijual dengan harga di antara RM2000 hingga RM29,000. Wow!

Macam tak percaya kan?

Tak sangka pinggan mangkuk yang nampak biasa je ni dan ada di kebanyakkan rumah orang dulu-dulu bernilai tinggi. Dah macam emas dan sesuai untuk buat investment dah.

Tak dinafikan jenama ni memang terkenal pada era 60 an dan berkualiti tinggi. Sebab tu sampai sekarang pun masih ada yang menggunakan pinggan mangkuk ni. Kiranya dah boleh jadi asset bernilai dah.

So, kalau korang ada pinggan mangkuk ni cuba lah jual di ebay, mana tahu ada yang berkenan.

kredit era