“Malam MLM 2019 Bila Saya Menang, Abam Peluk Saya Lama-Lama, Dia Kata…” – Ali

Pelawak Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, tidak dapat menahan sebak ketika mengimbas kembali kenangan bersama arwah abangnya, Abam.

 

Ali berkata, pem3rgian Abam atau Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, memberi k3san mendalam terhadap dirinya.

 

“Tahun 2010 keluarga kami masih makan nasi dengan garam.  Kehidupan kami susah selepas bapa kami meninggal pada 2009.

 

“Saya ada cakap pada dia, nanti kita kerja cari rezeki untuk keluarga kita. Tapi Abam memang seorang yang hebat.

“Dialah yang ubah kehidupan kami sedikit demi sedikit dengan kejayaan dan pencapaian yang dia dapat.

“Dia ada pesan, kita jangan memilih dan berkira dengan kerja asalkan kita dapat bantu emak dan keluarga,” katanya.

Bagaimanapun kata Ali, kenangan pada malam final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang lalu akan ters3mat di hati buat selamanya.

“Selepas kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara, Abam orang pertama yang datang dan peluk saya lama-lama, kvat-kvat.

“Kau adik aku yang hebat…Kau handal sebab dapat kalahkan abang kau!

“Lepas tu saya cakap pada dia aku menang untuk kita bang, bukan untuk orang lain. Tapi saya tak sangka itulah kali terakhir saya dan dia di pentas bersama,” katanya sebak.

Allahyarham Abam men!nggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28 dan anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 8 bulan.

Allahyarham mengh3mbvskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke H0spital Selayang bagi proses bedah siasat.

J3nazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang dan disolatkan lebih 720 jemaah.

Artikel Berkaitan   Romantisnya! Selepas 3 Bulan Bergelar Suami Isteri, Farah Nabilah Pilih Maldives Lokasi Bulan Madu

Sementara Tanah Perkvburan Islam Sungai Pusi dibanjiri 2000 orang ketika j3nazah dikebvmikan kira-kira jam 7.30 malam Isnin.