Malam Ni Ingat Nak Masak Omelette. Asyik Telur Dadar Je, Bosan Juga

  • 3 biji telur gred A
  •  50 gm isi ayam – dicincang
  •  8 biji tomato ceri – dihiris nipis
  •  6 biji cendawan – dihiris nipis
  •  1 biji lada benggala/capsicum – ikutla warna merah/kuning/hijau – dipotong dadu
  •  1 biji bawang besar – dicincang
  •  2 sudu teh minyak masak
  1. Pecahkan telur dalam mangkuk,masukkan garam serta secubit lada sulah.Pukul hingga telur kembang.Asingkan.
  2. Panaskan minyak panas dalam kuali,tuangkan telur ke seluruh permukaan kuali.
  3. Biarkan untuk beberapa minit.
  4. Masukkan isi ayam,bawang besar,lada benggala,cendawan,dan akhir sekali tomato ceri.
  5. Lipatkan telur dua bahagian.
  6. Siap untuk dihidang.
Artikel Berkaitan   Resepi Sandwich Rare Sedap, Jarang Buat, Rasanya Nak Buat Petang Ni