Malam Ni Ingat Nak Masak Ringkas-Ringkas Je, Ikan Bilis Masak Kicap, Hari Tu Dah Buat, Rasa Dia Tak Boleh Move On

  • Ikan bilis secukupnya (gorengkan)
  •  Minyak goreng secukupnya

Bahan A – ditumbuk

  •  10 biji cili padi
  •  4 biji bawang merah
  •  3 ulas bawang putih

Bahan B – dihiris

  •  2 biji bawang holland
  •  10 biji cili padi
  •  Kicap manis
  •  2 sudu sos tiram
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Gorengkan ikan bilis. Angkat dan toskan minyak.

Tumiskan bahan A.

  1. Kemudian, masukkan sos tiram, kacau sebati.
  2. Masukkan sedikit kicap, garam dan gula.
  3. Masukkan pula bahan B dan kacau lagi.
  4. Akhir sekali, masukkan ikn bilis yang telah digoreng tadi.
  5. Sedia untuk di hidang..

Sumber : Anna El Zehra via MAHN