“Malaysia Kemudahan Kelas Pertama, Rakyat Mentaliti Kelas Ketiga” Baru Seminggu Dibuka, Pintasan Saloma Dah Tercemar

Seorang lelaki berang dengan rakyat Malaysia yang sudah mengotori jejantas Pintasan Saloma yang tidak sampai seminggu dibuka.

Meluahkan rasa kecewa di Twitter, Sheikh Shamir berkata perkara itu jelas membuktikan rakyat kita bermentaliti kelas ketiga.

“Baru beberapa saja buka, dah buat jahanam, dan anda tertanya-tanya kenapa kita tidak seperti negara Eropah,” keluhnya.

“Betullah kata Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), Malaysia kemudahan kelas pertama, mentaliti kelas ketiga.”

Hantaran tersebut dikongsi 10,100 pengguna, malah mendapat lebih 6,000 tanda ‘suka’.

 

Sheikh turut melampirkan foto keadaan Pintasan Saloma yang dimuat naik akaun Cyberjaya Info, menunjukkan lantainya kotor berwarna hitam seakan-akan sisa tumpahan air.

“Jangan bawa minuman, ‘bubble tea’, Starbucks di Pintasan Saloma. Orang ramai jalan sikit saja memang boleh berlanggar dengan orang lain,” tulis Cyberjaya Info.

Majoriti warga maya juga turut melahirkan rasa kesal atas kejadian itu, dan berharap rakyat Malaysia mencontohi budaya Jepun.

Pintasan Saloma baru sahaja dibuka 5 Februari lalu, menghubungkan pejalan kaki berdekatan stesen LRT Kampung Baru ke Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Menelan belanja sebanyak RM31 juta, jambatan itu memiliki jarak 370 meter merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (Akleh).

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Bersiar-Siar Tanpa Suami, Wanita Dibaling Batu Kemudian Dirogol Beramai-Ramai Dan Anaknya Pula Dibunuh