Mamat Sepah Muatnaik Gambar Ujian Saringan HlV, Siap Tulis Status ‘AlhamduliIIah Positif Mengandung’

Bagi peminat dan pengikut setia kumpulan Sepahtu yang mengikuti perkembangan dari awal tertubuhnya kumpulan itu pastinya tidak akan melupakan Mamat.

Jepp, Shuib dan Mamat adalah ‘line up’ asal kumpulan Sepah ketika mula-mula ditubuhkan. Mereka akhirnya berpecah di mana Jepp dan Shuib bersatu menubuhkan kumpulan Sepahtu tanpa Mamat.

Manakala Mamat pula masih dikenali sebagai Mamat Sepah. Jepp dan Shuib masing-masing sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Tinggal Mamat seorang masih membujang.

Namun tempoh hari Mamat Sepah membuat pengakuan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunang tersayang yang juga anggota polis pada 1 Mac ini.

Mamat ketika dihubungi berkata, setakat ini persiapan hampir selesai sepenuhnya, cuma kad kahwin sahaja yang baru ditempah minggu lalu. Semuanya gara-gara terlalu gementar memikirkan tentang alam baru yang bakal ditempuhi tidak lama lagi.

” Alhamdulillah, setakat ini semua persiapan berjalan lancar. Cuma dalam banyak-banyak benda saya terlupa nak buat kad kahwin. Saya pun tak tahu kenapa.

” Mungkin sebab terlalu memikirkan tentangnya (kahwin) dan dalam masa sama agak sibuk dengan kerja sampai terlupa jadinya. Semalam baru saya dan tunang pergi tempah kad kahwin kami,” katanya.

Tambah Mamat, dia akan membuat jemputan rasmi dan mengedarkan kad bermula minggu hadapan.

” Kalau tak ada aral melintang, minggu depan kad semua siap saya akan buat jemputan dan edar kad sekali. Doakan semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Majlis akad nikah Mamat dan tunangnya akan berlangsung di rumah keluarga Mamat di Kulai, Johor.

” Saya akan mengadakan majlis akad nikah serentak dengan hari persandingan kami nanti. Majlis diadakan di rumah kerana saya mahu penuhi hasrat ibu.

Artikel Berkaitan   “Ko jual mask ke kertas lukisan” – Netizen Jadi Bengang Tengok Aliff Syukri Tak Jaga ‘Hygiene’ Pegang Mask

” Ibu saya kata tak payah buat di hotel, buat di rumah boleh jemput saudara mara dan orang-orang kampung…Katanya, itulah masa untuk beramah mesra dengan semua orang yang datang dari dekat atau jauh,” katanya.

Dalam satu entri terbaru dimuatnaik Mamat di Instagram, beliau berkongsi gambar borang ujian saringan HlV.

Sempat juga Mamat membuat kapsyen mencuit hati, “Alhamdulillah positif mengandung.”

Status tersebut mendapat reaksi peminat Mamat yang terhibur. Turut memberi respon adalah rakan baik Mamat yang juga anggota Sepahtu iaitu Shuib. “Tahniahhh Mat,” komen Shuib.

Kemudian Mamat sempat membalas komen Shuib tersebut, “Kau kalau tak datang baik bnuh diri jer..” balas Mamat.

Sementara itu, mengabadikan detik perkenalan di IPD Shah Alam, Mamat Sepah turut membuka rahsia cerita di sebalik perkenalan bersama tunangnya.

” Ketika itu saya pergi ke balai untuk tarik report untuk menolong seorang rakan. Kemudian, saya nampak dia berdiri di satu sudut sambil memegang pistol.

” Dia yang mula tegur “Mamat Sepah ke?

” Saya jawab “Ya puan, kenapa ya?”

” Kemudian, dia beritahu saya bahawa kes tersebut dia yang kendalikan. Secara tidak langsung, saya minta nombor telefon dia dengan niat agar kes tersebut cepat selesai.

” Diam tak diam, kami saling mengenali dan saya mula perkenalkan si dia kepada ibu.

” Lalu, ibu saya bersetuju dengan pilihan saya,” kongsi Mamat yang sudah mengikat tali pertunangan kira-kira setahun lalu.

Terdahulu, Mamat menangguhkan perkahwinan selepas merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar Mac dan April lalu.

Ia berikutan kesibukan atas beberapa projek di bawah syarikat pengurusan acara miliknya, Mamat Sepah Entertainment dan pembikinan filem Remp-It 2.