Mampu Sembuhkan Pelbagai Penyakit, Inilah Khasiat Pokok Senduduk (Melastoma Malabathricum) Yang Ramai Tidak Tahu

INFO DAN KHASIAT POKOK SENDUDUK


Pengenalan Ianya adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh. Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan

Khasiat Pokok Senduduk

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Pengenalan

Ianya adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh.

Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luarnegara, antara khasiat tumbuhan senduduk ialah berguna untuk merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim, selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit, dikatakan juga daun juga pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan ;leukorea, bagi merawat penyakit tersebut anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia, air rebusan tadi bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari virgina.
Kepada meraka yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut, sementara itu, daun dan akarnya yang telah di giling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut, juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar.

KHASIAT

* Senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan antaranya adalah :-

1. Apabila anda mengalami cirit birit – Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.

2. Masalah keputihan bagi kaum wanita – Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya

3. Menghilangkan bintik-bintik cacar – Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang

4. Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim

6. Mengatasi Buasir – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Melegakan Sakit Gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

kegunaan:

Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan.Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air

Daun: Untuk menghilangkan rasa hanyir ikan keli atau ikan-ikan air tawar sila gunakan pucuk-pucuk atau daun senduduk. Daun-daun tersebut diramas-ramaskan bersama potongan ikan yang telah disiang atau dibersihkan. Gunakan bekas yang telah disiskan sedikit air dan bubuh potongan ikan tersebut dan masukkan sejumlah daun-daun atau pucuk-pucuk senduduk dan ramas-ramas bersama potongan ikan sehingga lendir-lendir ikan hilang – Via Kerja Dari Rumah