“Manusia Tak Lari Daripada Buat Dosa Ni Cukuplah Sekadar Saling Mengingati Tak Payah Dok Tunding Koyak Kain Orang.”

KUALA LUMPUR, 6 Feb ― Pelakon Janna Nick yang baru selesai menunaikan ibadah umrah memesan kepada pengikutnya di media sosial agar lebih berbudi bahasa dalam menegur sesuatu perkara.

Jelas Janna, kebanyakan individu dilihat begitu “pedas” dalam mengkritik sesuatu isu sehingga menyinggung perasaan pihak yang ditegur.

“Kadang-kadang baca komen macam depa (pengkritik) ni nabi maksum. Tapi tak apa sekadar menegur tak ada masalah cuma gunalah bahasa yang lebih beradab,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Janna sebelum ini menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya pada 25 Januari lalu.

Sementara itu, Janna turut memohon masyarakat lebih positif dalam menyebarkan kebaikan berbanding hanya mengkritik secara melulu.

“Ajaklah orang buat kebaikan bukan mematikan niat orang yang nak mendekati Sang Pencipta,” katanya lagi.

Pelakon filem Kerja Kahwin itu juga menambah ada segelintir individu menangguhkan niat menunaikan umrah hanya kerana khuatir berdepan kritikan keras.

“Sahlah Dia lebih mengetahui niat kita yang sebenar.

“Jadi manusia-manusia yang tak lari daripada buat dosa ni cukuplah sekadar saling mengingati tak payah dok tunding koyak kain orang.”

Hantaran dimuat naik Janna mendapat 108,213 tanda suka selain ramai memuji teguran dan nasihatnya.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Ketua Kampung Kena Cekup Polis Semasa Tengah “High” Layan Air Ketum