Marahkan Teman Wanita Curang, Lelaki Ini Kelar Leher Anak Perempuan Tersebut

HYDERABAD: Seorang isteri pegawai kerajaan di India mencetuskan kejutan kerana menjalin cinta dengan dua lelaki.

Ia berakhir tragedi apabila seorang daripada teman lelakinya membunuh anak perempuannya berumur lima tahun.

Gulf News melaporkan wanita berkenaan dan seorang lagi teman lelakinya dicederakan dalam insiden di pinggir Hyderabad itu.

Menurut polis, suspek mengelar leher mangsa. Difahamkan, wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki bernama Karunakar selepas berkenalan di Facebook (FB), sejak beberapa bulan lalu.

Pada masa sama, wanita itu turut menjalin hubungan dengan seorang lagi lelaki bernama Rajasekhar. Konflik tercetus apabila Karunakar datang ke rumah teman wanitanya, Khamis l alu.

Ketika itu, Rajasekhar berada di rumah itu. Wanita berkenaan meminta Rajasekhar bersembunyi dalam bilik dan apabila mengetahui kehadiran Rajasekhar, Karunakar meminta lelaki itu keluar dari persembunyian.

Suspek turut mengugut membunuh anak wanita berkenaan dan kerana Rajasekhar terus berdiam diri, Karunakar mengelar leher anak perempuan teman wanitanya.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Saya Ambil Keputusan Ini Bukanlah Atas Paksaan Yusry, Saya Masih Lagi Mencari Hidayah..”- Lisa Surihani