Mas Kahwin Hingga 20 Juta Rupiah, Suami Terkejut ‘Isteri’ Yang Dinikahi Rupanya Seorang Lelaki

Tular sebuah video yang menjadi bualan hangat di media sosial apabila pasangan pengantin dari negara seberang ditipu pasangan sendiri.

‘Wanita’ yang dinikahi seorang lelaki tersebut dengan mas kahwin sejumlah 20 juta rupiah tersebut adalah seorang lelaki.

Merujuk kepada laporan Teribunnew, kejadian ini berlaku di sebuah perkampungan di Desa Gelogor, Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat.

Menurut sumber, mereka berkenalan di media sosial dan memutuskan untuk mengakhiri dengan pernikahan pada 2 Jun 2020 yang lalu. Perkahwinan tersebut ‘sah’ disaksikan beberapa orang penduduk setempat.

Kejadian ini disahkan oleh Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Lombok Barat, Iptu Ketut Sandiarsa mengesahkan kejadian itu.

Pendedahan mengenai jantina ‘isteri’ terbongkar apabila suami mahu melakukan hubungan kelamin malam pertama namun terkejut sang isteri menolak dan meminta cerai.

Curiga dengan tindakan tersebut, si suami mula menyiasat dan menyelidik latar belakang isteri dan terkejut apabila mendapat tahu dirinya ditipu. Sejurus kejadian, dia melaporkan kepada pihak polis dan ‘isteri’ yang berasal dari Ampenan, Mataram mengaku bersalah.

Sumber: Tribunnews