“Masa Ambik Anak Sekolah, Rasa Macam Tiada Seurat Benang Di Badan”

Mengakui sudah berhijab, pelakon Zila Bakarin berkata keputusannya adalah daripada dirinya sendiri dan tiada paksaaan daripada mana-mana pihak. Zila berkata hatinya terdetik untuk berhijab berlaku secara tiba-tiba.

Menceritakan kembali apa yang berlaku, Zila berkata kejadian itu terjadi ketika dia mahu mengambil anaknya di sekolah dimana dia merasakan seperti tidak memakai apa-apa sedangkan dia berpakaian.

View this post on Instagram

SELAMAT HARI RAYA . @iamkaseh @chintaisme @azridop

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on

“Semasa nak keluar ambik anak dari sekolah, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans. Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk.

“Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai. Bila keluar rumah terus rasa macam selamat je,” katanya.

Dalam pada itu, Zila turut meluahkan rasa syukur peminat tidak henti memberikan sokongan padanya dan mendoakan untuk penampilannya sekarang.

Difahamkan, Zila kini aktif terlibat dalam program “Jom Celik Al-Quran” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).