“Masa Saya Belum Islam, Allah Pernah Tolong Saya Masa Musibah..”– Pemuda Cina Cari Ustaz Untuk Peluk Islam

Memperoleh pertolongan daripada Allah SWT ketika menghadapi musibah menjadi asbab seorang lelaki Cina membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.

Memilih nama Muhammad Aziz Chong, lelaki tersebut selesai mengucap dua kalimah syahadah di Masjid Negara, Kuala Lumpur semalam.

Perkara itu dikongsi ustaz Amir Ng di laman Facebook yang membantu dalam proses pengislaman selepas menerima panggilan lelaki itu untuk kembali kepada Islam.

Alhamdulillah.. Semalam menerima satu panggilan dari seorang hamba Allah; kawan anak murid saya memberitahu hasrat…

Posted by Amir Ng on Rabu, 11 Mac 2020

“Kami menunaikan solat Zohor bersama tadi. Semoga sahabat ini diberi taufiq dan hidayah untuk menjadi seorang muslim sejati. Insya Allah. Aamiin,” tulisnya.

Kisah hari ini.. seorang saudara telah kembali kepada Islam petang tadi. Setelah selesai menunaikan solat Zohor, saya…

Posted by Amir Ng on Rabu, 11 Mac 2020

Menurut Muhammad Aziz, doanya dimakbulkan ketika masih belum bergelar saudara baru selepas memohon pertolongan Allah SWT.

“Allah pernah tolong saya ketika saya menghadapi musibah. Pada masa itu, saya cuba minta tolong kepada Allah & Allah makbulkan doa saya.
“Masa itu saya belum Islam tetapi Allah Maha Pengasih. Selepas kejadian itu, saya mula berhasrat untuk masuk Islam satu hari nanti,” kata Muhammad Aziz.

Sumber : Amir Ng

Artikel Berkaitan   “Inilah Individu Yang Bertuah Memandikan Sendiri Jenazah Nabi Muhammad SAW Semasa Kewafatannya”- Mufti Wilayah