Masalah Tumit Merekah & Hitam Setel Dalam Masa 5 Minit, Terus Halus Mulus. Petua Wanita Ini Berbaloi Cuba!

Masalah tumit merekah dan hitam memang dihadapi ramai wanita. Sampai ada yang sanggup pergi rawatan spa untuk menghilangkannya.


Sebenarnya tak perlu buang duit pun pergi buat rawatan atau beli produk untuk menghilangkan masalah tumit merekah ini.

Buat sendiri saja di rumah seperti perkongsian Siti Norshafika Amran ini. Guna barang dapur saja dan paling menarik dalam masa lima minit saja masalah ini.

Posted by Siti Norshafika Amran on Sunday, 15 April 2018

“Tip tumit merekah bersinau dalam 5 minit hanya guna 2 barang je. Jangan duk pandang rendah tang tumit merekah. Tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak

“Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! Orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. Bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umur baru 26. Malu sungguh!

Datin berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang kat dapur je. Mudah dan senang. Anak-anak tidur mommy-mommy boleh la belai tumit.

Bahan-bahan

Limau nipis boleh jugak guna lemon dan garam.

Berus gigi murah guna bulu yang kasar, lepas limau dah lunyai gunakan berus pulak.

 

Sebelum

 

Selepas

Ha bersihkan!  Dah tahu cara mudah bolehlah cuba dan share dengan kawan-kawan lain ya.

 

Sumber: Siti Norshafika Amran