Masih Menanti 2 Minggu Hari Kemerdekaan, Permaisuri Agong Curi Tumpuan Pakai “Mask” Jalur Gemilang

Meskipun bulan kemerdekaan baru memasuki minggu kedua hari ini ia bukan penghalang kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk menzahirkan semangat patriotisme yang begitu mendalam dalam jiwa baginda.

Semua itu dizahirkan baginda apabila berkenan memakai pelitup muka berlatarkan jalur gemilang ketika berangkat bercemar duli mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada Majlis Santapan Hari Raya Aidiladha 2020 Yayasan Pahang, di sini, hari ini (semalam), menurut laporan Pahang Media yang ditulis oleh Putera Falliq Hakim Suhairi di Instagram.

Pelitup muka rekaan Datuk Radzwan Radziwill itu dihasilkan dengan cetakan menyerupai jalur gemilang dan mempunyai tiga lapisan berserta filter non woven yang menepati piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baginda memperlihatkan semangat cintakan negara yang amat tinggi dan diibaratkan sebagai tanda kasih sayang baginda kepada rakyat Malaysia serta harapan baginda agar seluruh rakyat terus memakai pelitup muka dimana jua mereka berada bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Daulat Tuanku.

Paket pelitup muka edisi khas Radzuan Radziwill x Gempak itu juga didatangkan dengan ‘extender’ bagi memudahkan pemakai yang berhijab.

Setiap satu dijual dengan harga RM20 dan set khas yang mengandungi kedua-dua pelitup muka edisi terhad Jalur Gemilang dan batik dijual RM35.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   “Sial! Menantu Tak Guna! P***Mak!..” Masa Belum Kahwin Kemain Mak Mertua Baik, Lepas Kahwin… Hurmmmm….