Masuk Dapur Berkaki Ayam Selambe Je Masak, Maya Karin Dipuji Netizen

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Walau bergelar selebriti dan berketurunan ‘Mat Salleh’, pelakon Maya Karin tidak kekok turun ke dapur untuk memasak sambil berkaki ayam.

Maya Karin di Instagram memuat naik foto itu beberapa hari lalu ketika sedang menyiapkan hidangan burger untuk keluarga dan rakan-rakannya.

Namun menjadi perdebatan hangat di Twitter apabila warga maya membandingkannya dengan individu yang baru-baru ini mengakui berasa geli memijak lantai dapur rumah di kampung yang berlendir.

“Maya Karin rileks je berkaki ayam masuk dapur yang tak bermozek. Kau yang muka berminyak, duduk KL sewa bilik pula beriya tenjet (jengket) kaki masuk dapur rumah kampung,” catat Amran Fans di Twitter.

Sebelum itu tular seorang remaja menceritakan pengalamannya sewaktu kecil terpaksa menjengketkan kaki ketika memijak lantai dapur rumah neneknya di kampung.

Hantarannya di Twitter ketika orang ramai pulang ke kampung meraikan Hari Raya Korban mencetuskan perbalahan, ada yang menganggap lelaki berkenaan tidak menghargai jasa dan pengorbanan orang tua.

“Kalau dah tahu balik kampung, rumah atok nenek kau bersepah atau tak kemas tolonglah kemas buat apa yang patut.

“Ini anak sampai lima hingga enam orang, cucu berpuluh (tapi) kerja main TikTok tak pun OOTD (melaram) dari pagi sampailah malam. Tinggallah nenek terkial buat semua benda,” catat pengguna Twitter Adi Ariff.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Isteri Disahkan Kronik Hingga Kencing Berbuih, Suami Hadiahkan Buah Pinggangnya Kepada Isteri