“Mata Bertukar Hijau,” Budak Darjah 1 Hampir Bvta Ditusvk Pensil Warna

K3s bvli dalam kalangan budak sekolah sememangnya tidak pernah habis. Satu demi satu kes berkaitan hal tersebut menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai tindakan dan juga hukuman sudah dicanangkan, namun masih ada lagi sesetengah pelajar yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

Cucuk pakai pensil warna

Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu kejadian buli yang menimpa sepupunya.

Menerusi posting tersebut, jelas sekali anak mata kanak-kanak itu bertukar menjadi warna hijau kerana dicucuk dengan pensil berwarna.

Terpaksa lakukan pembedahan

Oleh hal yang demikian, kanak-kanak tersebut terpaksa membuat pembedahan bagi mengeluarkan warna yang terdapat di mata hitamnya.

Walaupun pembedahan tersebut tidak mendatangkan apa-apa komplikasi lain, pengguna Twitter itu tetap khuatir andai kata jika sepupunya boleh kehilangan penglihatan hanya kerana menjadi mangsa buli rakan sekolah.

Mak ayah sibuk, tak ambil tahu pasal anak

Menurutnya lagi, mereka hanya dapat menyatakan kejadian tersebut kepada nenek si pembuli sahaja kerana ibu dan bapa pelajar itu terlalu sibuk dengan kerja hingga tiada masa menguruskan hal ini.

Sedih tengok keadaan dia

Sehubungan dengan perkongsian itu tadi, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diruangan posting tersebut. Rata-rata menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang berlaku kepada kanak-kanak terbabit.

Mereka juga turut menyuarakan rasa kesal diatas apa yang berlaku kerana tidak menyangka bahawa kanak-kanak sudah ada yang menjadi pembuli hingga mengakibatkan kecederaan.

Kesiannya tengok budak tu

Ni dah melampau!

Saman je mak ayah dia

Artikel Berkaitan   “Suami kena rampas dengan jantan pun sakit jugak” – Cakap Dah Berubah, Lepas Kahwin Suami Masih ‘Main’ Jantan