Maya Karin Terpaksa Menahan Sakit Akibat Terkena Periuk Panas. Ini Puncanya Yang Ramai Netizen Doakan Kesembuhannya

Pelakon Maya Karin mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan kanannya akibat terkena periuk panas.

Maya berkongsi gambar kecederaan yang dialaminya itu menerusi kiriman di Instagram miliknya sebentar tadi.

Pelakon filem Munafik 2 itu berkata, kecederaan tersebut dialaminya beberapa hari lalu ketika sedang memasak di dapur rumahnya.

Ketika kejadian, Maya mengalihkan periuk yang berisi air mendidih ke sinki. Untuk mengelak daripada periuk berkenaan terlucut dari tangan dan jatuh terkena kakinya, Maya terpaksa menahan periuk itu menggunakan pergelangan tangan.

“Ketika itu, saya memasak bersama ibu. Semasa hendak mengangkat periuk, saya sudah dapat rasa panas. Tetapi saya tahan juga sehingga sampai ke sinki. Sebab saya fikir, kalau periuk itu terlepas dan jatuh ke lantai, mungkin air panas akan terkena pada kaki saya dan ibu. Itu lagi bahaya.

“Cuma saya tidak sangka luka ini sukar sembuh. Mujurlah saya sudah sapu ubat yang dibeli ibu dan balut dengan kain. Doakan saya cepat sembuh dan tiada apa-apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Perkongsian Maya menerima ribuan komen daripada peminat yang meminta agar aktres tersebut mendapatkan rawatan dan segera sembuh. – K! ONLINE