Maya Matahari Dilaporkan MeninggaI Dunia Aklbat Kanser

Pelakon dan penyanyi lagu Matahari iaitu Myanaliza Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi akibat kanser yang dihidapi sejak sekian lama.

Perkara itu dikongsi seorang wartawan hiburan, Amirul Haswendy di laman Instagram dengan memuat naik gambar yang berusia 44 tahun itu.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Dukacita diumumkan rakan artis yang cukup ceria dan disenangi semua, Myanaliza binti Ruslee…
“…atau dikenali sebagai Maya Matahari dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi akibat kanser yang dihidapi sejak sekian lama.
“Sama-samalah kita sedekahkan surah Al Fatihah dan mendoakan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solehin. Al-fatihah,” tulisnya.

Dukacita dimaklumkan, Myanaliza Binti Ruslee atau dikenali sebagai Maya Matahari telah pun kembali ke rahmatullah…

Posted by Astro Gempak on Rabu, 18 Mac 2020

Sumber : Rosmerah

Artikel Berkaitan   “Wahh.. Dah Nampak Baby Bump” Kongsi Foto Ketika Majlis Nikah Elly Mazlein Baby Bump Fasha Sandha Curi Tumpuan