Mayat Dikerat Lapan Kerana Perkara Ini, Polis Tidak Ambil Mudah Kes Ini

POLIS menahan lelaki warga Singapura disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam Kampung Ladang, Krubong, Melaka, semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata, suspek ditahan dengan kerjasama polis Singapura, hari ini hasil maklumat risikan di tempat kejadian yang dipercayai rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya.

“Waran tangkap dipohon di hadapan Majistret Melaka dan usaha untuk membawa suspek ke Malaysia sedang dijalankan.

“Siasatan lanjut akan diteruskan setelah tahanan reman ke atas suspek di perolehi,” katanya.

Mengulas lanjut Mat Kasim berkata, susulan kejadian, siasatan khas telah dijalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersamaIbu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

“Siasatan mendapati hanya sebahagian badan manusia sahaja dijumpai di kawasan semak.

“Berdasarkan maklumat risikan, tempat kejadian dipercayai berlaku di rumah milik mangsa iaitu rumah teres dua tingkat di Taman Merdeka Jaya.

“Pihak polis turut menjumpai kesan darah di bilik bawah kediaman tersebut dan percayai kes ini membabitkan seorang lelaki warga singapura yang ada kaitan dengan mangsa,” katanya.

Sementara itu, media sosial hari ini turut ditularkan berhubung laporan pembunuhan kejam oleh lelaki terhadap dua mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan ibunya berusia 27 tahun yang juga isterinya yang dikaitkan dengan penemuan mayat semalam.

Bagaimanapun, polis tidak mengesahkan kesahihan penularan kenyataan itu sebaliknya meminta media menggunakan kenyataan rasmi yang disediakan.

Petang semalam, polis menemukan mayat individu dipercayai lebih daripada seorang yang menjadi mangsa bunuh apabila bahagian tubuh ditemui berselerakan sekurang-kurangnya lapan bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong.

Artikel Berkaitan   Temui Mayat Wanita Penagih Gam, Polis Dedah Motif Wanita Tersebut Dibunuh Dalam Keadaan Lebam Dan Tiada BCG