Meh Sini Mek Nak Share Resepi Ikan Percik Ala Kelantan Yang Ramai Orang Duk Tanya Ni

Maaf klu resepi maK Cik ni ada kekurangan .Siapa disini orang kelantan? betul ke resepi mak cik ni.Hari ni Mak Cik buat untuk 2 ekor saja, pakai ikan kembong hijau dan pakai agak2 jelah bahan nya ..

BAHAN-BAHANNYA. ( RESEPI SEBENAR )

  • 5 ekor ikan kembung(bersihkan,kelar dan bakar) Kalau pakai ikan Sungai ( ikan Talapia lagi sedap , itupun kalau yang makan ikan sungai lah kan .)
  • *10 tangkai cili kering rendam bagi lembut .
  • *1 biji bwng besar
  • *1 inci halia
  • *sedikit belacan (tak yah letak pun tak apa )
  • 1/2 inchi kunyit hidup @ serbok kunyit pun boleh
  • 2 batang serai ( titikan saja )
  • Santan dr sebiji kelapa
  • 2 keping asam keping
  • Garam n perasa
  • [email protected] sudu gula Pasir
  • Sedikit tepong beras untuk memekat kan kuah .

CARA MEMASAK:

  1. Mesin bhn bertanda *
    2. Masukkan santan dlm periuk
    3. Masukkn bhn mesin
    4. Masukkan serai n asam keping
    5. Masukkan garam, perasa n gula
    Didihkan atas dapur hingga pekat, masukan sedikit tepong beras yang dibancuh dengan air terlebih dahulu untuk memekatkan lagi kuah tersebut.

Bila siap, curahkan atas ikan yang dah siap bakar. Pastu nak bakar semula pun boleh, ikut lah cara masing masing.Masukkan dalam periuk tu sekali pun boleh supaya ikan tu mesra bersama kuah. Kuah tu nak bagi kering lagi pun boleh tapi saya suka yang bekuah. Nak cicah dengan roti .

Selamat mencuba ikan Percik ku.. Halal Resepi yang dibagi ..
AlhamdulillahResepi ni saya simpan dah hampir 33 tahun yang lalu ..semasa saya menjadi isteri Polis berjiran dengan orang kelantan.. masa tu dok suka sangat.. hari-hari buat.. tapi dulu saya suka pakai ikan sungai. ( ikan Talapia )

kredit resepi Hajah Zainab Bt MawanJangan lupa share dengan kawan-kawan ye.
Terima kasih!