“Melampau Betul” Zarina Anjoulie Nekad Kumpul Bukti Terhadap Individu Yang Fitnah Dirinya

Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan sedang mengumpul bukti terhadap individu yang memfitnah dirinya.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju memaklumkan perkara itu menerusi beberapa posting terbaru di akaun Instagramnya.

Malah posting tersebut juga turut disertakan dengan paparan ‘screenshot’ komen individu tersebut.

“Thank you! Tengah kumpul semua satu persatu boleh tahan kau sis bertudung mulut amboi tak apa aku maafkan kau walaupun niat kau nak malukan aku. Kau tengok la bila kau kena tak akan ada seorang dari puak kau tolong kau,” tulisnya.

‘Menerus posting lain, Anju memberitahu tujuan dia memberikan bantuan adalah ikhlas dan tidak mengharapkan balasan.

“Aku ada screenshot ada screen record semua bukti esok. Jangan pula putar cerita cakap aku dan netizen edit semua chat tu dan fitnah kau ya.

“Membantu orang susah tu bukan acah angel sister, itu tanggungjawab kita sebagai orang Islam dan sebagai manusia untuk menjaga orang sekeliling,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyokong tindakan Anju untuk mendedahkan bukti tersebut.

“Bagikan je dorang ni Anju… Melampau betul,” komen @jannah_ideris

“Macam tak ada kerja lain dah dorang ni. Duk cari isu nak carut orang lain, ntah apa-apa,” tulis @ariana_naira

Namun, entri terbabit telah dipadamkan oleh Anju selepas beberapa jam dimuat naik.

Terdahulu, kemelut beberapa selebriti bersama Anju bermula apabila pelakon ini didakwa mengambil kesempatan dengan meraih perhatian berkenaan isu artis menyuarakan pendapat untuk memohon bantuan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi melariskan perniagaannya di Instagram.

kredit ceritaa

Artikel Berkaitan   “Jauh Termenung Tu Teringat Sape Tu?” Gelak “Abang2” Neelofa Buat Netizen Terhibur