Meletup Dengan Susu Farm Fresh, Bos Susu Ini Jual Daging Lembu Pula Tak Menang Tangan

Jenama Farm Fresh merupakan antara jenama susu segar yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Malah, tidak mudah untuk jenama ini menawan hati pengguna takkala banyak jenama tenusu terkemuka berada di pasaran.


Bagi anda yang tidak tahu, jenama susu segar ini memiliki ladangnya tersendiri dan selain daripada menjual produk tenusu Farm Fresh, mereka juga menjual daging segar dari ladang.

Terbaharu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal telah berkongsi Rompin Beef iaitu jenama daging segar premium keluaran syarikatnya telah mula dijual di pasaraya AEON.

Berikutan itu, Azmi Zainal mengakui bahawa pihaknya tidak menang tangan untuk membekalkan daging segar untuk pasaraya dan stokis bagi memastikan bekalan mencukupi terutama sekali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Pada mulanya banyak tempat yang menolak untuk pasarkan Rompin Beef ini tetapi kini banyak syarikat ingin pasarkan ia.

Tambahnya lagi, penularan wabak COVID-19 di negara ini bukan hanya menunjukkan betapa bagusnya Malaysia tangani isu tersebut tetapi juga menonjolkan kehebatan food security di Malaysia yang pasti ramai tidak sedar.

Ketika Pandemik covid19 ini “food security” kita di uji. Inilah masanya kita blh melihat betapa mantapnya food security…

Posted by Azmi Zainal on Khamis, 2 April 2020

Syabas diucapkan kepada Farm Fresh kerana kini telah berjaya untuk pasarkan satu lagi produk berkualiti untuk rakyat Malaysia. Buat anda yang ingin mencuba daging premium keluaran jenama ini, bolehlah beli Rompin Beef di AEON terdekat anda.

kredit kataustaz