“Memang Ada Lelaki Yang Cuba Mendekati” Vanida Imran Sudah Buka Hati, Tapi Ada Syarat Yang Perlu Diikuti

KUALA LUMPUR: Kegagalan perkahwinan pertamanya tidak pernah membuatkan pelakon, Vanidah Imran, menutup pintu hati untuk menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup.

Vanidah yang lebih mesra disapa Vee, 46, bagaimanapun berkata tidak mudah untuknya menyerahkan hati kepada sesiapa kerana ada syarat perlu dipatuhi pihak berkenaan dalam perhubungan.

“Saya tak pernah menutup pintu hati ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap hendak mencari jodoh. Malah, memang ada lelaki yang cuba mendekati, namun banyak faktor perlu saya fikirkan. Ia bukan mudah kerana saya mempunyai dua anak.

“Walaupun anak bersikap terbuka, saya masih perlu mengambil kira segala faktor berkaitan. Mereka pula sangat rapat dengan saya, terutama anak perempuan yang berusia 15 tahun itu. Sehingga kini, dia masih tidur dengan saya.

“Justeru, kalau ada lelaki yang mahukan saya, dia kenalah pandai mengambil hati mereka juga. Selain diri ini, dia juga perlu menyayangi anak-anak saya,” katanya kepada BH Online.

Tegas pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-20 ini, siapa sahaja yang bakal menjadi suaminya nanti, lelaki terbabit tidak boleh bersikap terlalu mengongkong.

“Saya ada aktiviti kegemaran sendiri seperti menyertai acara larian. Jadi, saya harap biarlah lelaki terbabit dapat memberi kebebasan untuk saya melakukan hobi saya itu. Saya tidak mahu nanti, banyak perkara tak boleh dilakukan selepas kembali berumah tangga.

“Sebelum ini pun, bekas suami (Rashidi Ishak) tidak pernah mengongkong, malah memberi galakan untuk saya melakukan aktiviti yang berfaedah,” kata Vanidah ketika ditemui pada majlis prapelancaran filem Daulat lakonannya, di sini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah pelakon, Tony Eusoff, Cristina Suzanne, Jasmine Suraya, Rashidi dan Zul Zamri, serta pengarahnya, Imran Sheik.

Artikel Berkaitan   Lelaki Terkejut Gara-Gara Ada Darah Yang Mengalir Di Celah Dinding Dan Terpercik Di Sinki Bilik Air Itu Akhirnya Terjawab

Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun, Vanida dan Rashidi dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Aimran, 18, dan Maryam Rashika.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada Oktober 2000, namun bercerai pada Ogos tahun lalu.