“Memang Anda Wanita Akan Menjadi Sasaran Scammer, Kalau Anda Tengok Jumlah Kes Ni Memang Terkejut”

Jangan terlalu mudah kongsikan maklumat peribadi atau butiran akaun bank kepada individu tidak dikenali.

Itu nasihat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terutamanya buat golongan wanita yang jadi sasaran utama sindiket ‘scam’.

Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, lebih 1,900 kes Macau scam telah direkodkan dan sebahagian besarnya melibatkan mangsa wanita.

Jelasnya, ini kerana kaum hawa mudah terpedaya dengan dakwaan palsu sindiket itu kononnya mereka terlibat dengan jenayah dan hutang.

Artikel Berkaitan   Terima Pesanan Dari Pelanggan “Misteri” Di Jirat Cina, Penghantar Makanan Rakam Video Luahan Hati