“Memang degil, mereka tak hormat perintah” – IGP Kesal Masih Ada Individu Tak Faham Bahasa Tak Patuh Arahan

So, macam mana aktiviti harian korang setelah empat hari tempuhi Perintah Kawalan Pergerakan? Ada keluar berjalan, bersiar-siar tak? Atau keluar sekadar untuk beli barangan keperluan?

Kalau ada alasan kukuh dan punya keperluan mendesak untuk keluar dari kediaman masing-masing, tak apa — rancang dengan teliti apa yang hendak diuruskan, dan selesaikan semuanya dengan teratur.

Tapi, kalau korang sengaja nak langgar perintah dan keluar atas alasan nak pergi makan — dengar dan fahami luahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dimuatnaik dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi Bernama TV.

Luahan Ketua Polis Negara

"…banyak yang bawa keluarga, anak isteri mak mertua. Bila ditanya nak pegi makan. Nampak sangat tak faham langsung atau memang degil!", luah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. #PerangiCOVID19 #DudukRumah #StayAtHome

Posted by Bernama TV on Jumaat, 20 Mac 2020

Dalam rakaman tersebut, Abdul Hamid meluahkan kekesalannya di atas kedegilan individu-individu yang masih keluar rumah tanpa sebarang alasan munasabah — meskipun kerajaan telah mengeluarkan perintah agar mereka duduk di rumah dalam tempoh bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini.

Jelasnya, masih ramai yang tidak menyedari bahaya penularan COVID-19 ketika ini dan dalam sekatan jalan raya yang disertainya — ramai yang membawa keluarga masing-masing termasuk anak kecil dan orang tua keluar.

“Banyak yang membawa keluarga, anak dan isteri dan mak mertua. Lepas tu bila ditanya, tujuannya nak bawa pergi makan. So nampak diorang ni sama ada tak faham langsung ke atau pun memang degil.”

Keadaan itu nyata membuatkan beliau kecewa, dan mempersoalkan sama ada golongan ini tidak faham bahasa atau sememangnya bersikap degil sambil menyifatkan mereka seolah-olah tidak menghormati Perintah Kawalan Pergerakan.

Artikel Berkaitan   (Video) Muatan lori terjatuh, orang ramai hulur bantuan kutip semula botol Pepsi

Beliau turut yakin, sebahagian besar kenderaan dipandu individu ketika ini — tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk berada di jalan raya, ketika negara sedang bergelut untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Setakat ini, perkongsian rakaman video itu mendapat hampir 10k tontonan dan rata-rata netizen berkongsi solidariti mereka bersama pasukan keselamatan — yang terpaksa bergadai nyawa, demi memastikan matlamat perintah ini tercapai dengan jayanya.

Rasanya dah sehabis mudah segala nasihat diberi, DUDUK RUMAH. Kalau tak faham lagi…