“Memang kurang ajar kereta ni” – [VIDEO] BMW Tukar ‘Lane’ Last Minute, Penunggang Motosikal Berguling Atas Highway

Semenjak kebelakangan ni, kes kemalangan berlaku semakin meningkat tak kira di jalan biasa mahupun jalan highway. Orang ramai dinasihat perlu berjaga-jaga sewaktu berada di jalan raya tak kira sama ada tengah drive, tunggang motor atau sebagainya. Banyak perkara yang tak dijangka boleh berlaku sebab malang tak berbau.

Viral di twitter menerusi akaun @ohtweet,satu kemalangan dipercayai berlaku di federal highway melibatkan sebuah kereta mewah dengan sebuah motosikal.

Nasib baik kejadian itu sempat dirakam di dashboard camera pemandu lain.

Dalam video tersebut korang boleh tengok kereta tu cuba untuk menukar ‘lane’ last minute sebelum sebuah motosikal telah melanggar belakang kanan kereta itu. Susulan pelangaran itu, penunggang tersebut tercampak ke hadapan dan berguling kira-kira lima kali dia atas jalan.

Bagaimanapun, pemandu kereta dilihat terus berlalu pergi dan mengabaikan penunggang motosikal tersebut. Kalau dah macam ni kena lah bertanggungjawab kan ?

Melalui komen daripada netizen, dipercayai penunggang motosikal itu merupakan seorang penghantar makanan.

Rata-rata netizen menyalahkan pemandu kereta tersebut sebab tukar ‘lane’ last minute ditambah dengan sikapnya yang tak bertanggungjawab.

Namun, ada sesetengah individu beranggapan bahawa kedua-dua pihak salah sebab tak menggunakan jalan raya dengan betul

Apa-apa pun kena sentiasa hati-hati dan peka terhadap sekeliling kalau dah atas jalan raya.

Sumber : LobakMerah

Artikel Berkaitan   “Kalau tak gugurkan, aku rembat kau” – Lelaki Ugut GF Suruh Gugurkan Anak Luar Nikah, Tapi Bagi RM350 Je?