“Memang Penat Asyik Kena Kecewa Je, Nasib Baik Ada 22 Tips Untuk Move On, Perasaan Ni Makin On”

  1. Jangan dengar lagu sedih. Kalau boleh jangan dengar radio. Masa-masa tengah bersedih ini selalunya radio akan main lagu-lagu sedih.
  2. Jangan ada gambar dia lagi dalam telefon atau pun dompet kau. Buang semuanya.
  3. Buang saja no. telefon dia. Kalau kau itu penting, sudah lama dia akan cari kau balik.
  4. Kalau perlu, block dia di laman media sosial bagi elakkan dia stalk
  5. Jangan tidur lambat sebab pada masa itu kau paling akan teringat-ingat pada dia..
  6. Padam semua perbualan kau dengan dia. Sebab satu hari nanti kau akan mulai merindui dia dan benda pertama yang kau akan cari pada masa itu sudah tentulah perbualan lama korang.
  7. Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Kalau kau masih belajar, jadi kau pergi belajarlah, kalau kau sudah bekerja, lagilah senang kau nak move on.
  8. Banyakkan masa dengan mak ayah kau. Gelak-gelaklah bersama mereka. Kalau kau tinggal jauh dari mak ayah. Kerap-kerapkanlah telefon mereka. Jangan pentingkan sangat perasaan huduh kau itu.
  9. Jangan layanlah mana-mana buaya yang serupa dengan dia. Nanti kau pula yang akan kecewa. Nanti kau menangis sedih lagi susah. (Untuk perempuanlah).
  10. Janganlah sibuk-sibuk mahu buat diari sedih tulis sampai hati kau tinggalkan akulah, sampai hati kau buat aku kecewalah. Hentikan. Kalau kau penting, benda semua itu tidak jadi pun.
  11. Cari kawan yang boleh dipercayai. Yang boleh buat kau hilangkan rasa gundah gulana kecewa kau tu. Jangan sampai salah pilih kawan ye.
  12. Jangan benci dia. Sebab lagi kau benci dia, lagilah kau akan teringat dia. Masa itu jangan sibuk-sibuk cakap kau sedih dia buat kau macam itu bagai. Kau yang cari nahas.
  13. Belajar untuk lupakan dia. Jangan terlalu ikutkan perasaan kau. Nanti tidak pasal-pasal kau hilang apa yang sepatutnya kau kejar.
  14. Kembali kepada kehidupan asal kau . Kalau dulu kau seorang yang gembira sebelum dia muncul, jadi gembirakanlah diri kau balik macam dulu sebelum kau kenal dia. Hidup ini indah beb.
  15. Belajar dari kesilapan kau. Jangan diulang lagi semua tu. Buka pintu hati kau tu. Mungkin ianya ambil masa, tetapi sekurang-kurangnya jangan sampai kau terperangkap dalam kegelapan kau sendiri.
  16. Jangan tunggu dia. Tolong. Aku paling mahu sangat kau jangan tunggu dia. Kalau betul dia sayang kau, dia akan pertahankan hubungan korang itu. Bukan biarkan kau terpaksa move onmacam itu.
  17. Redhalah dengan ketentuan yang Allah SWT sudah tetapkan ini. Jangan kau perkotak-katikkan semua yang Allah SWT berikan. Dia bagi ada sebab dan dia tarik balik pun ada sebab.
  18. Janganlah menyalahkan takdir. Takdir Allah SWT itu indah-indah belaka. Kita saja yang belum nampak hikmah di sebalik semuanya itu lagi.
  19. Maafkan dia. Sesungguhnya hati kau akan lebih tenang bila kau kata “aku maafkan kau”
  20. Doalah yang baik-baik. Janganlah kau hina dia atau apa-apa. Kalau kau hina dia, sebenarnya kau sama saja macam dia.
  21. Banyakkan bersedekah. Amalan itu akan buatkan kau jadi manusia yang lebih baik. Masa  itu kau akan tersedar, banyak lagi manusia yang lebih sedih dari kau. Masalah mereka lagi berat dari masalah cinta kau.
  22. Bacalah Al-Quran.  Kalau Whatsapp dia dulu hari-hari kau boleh, kenapa kau tidak boleh tengok Al-Quran setiap hari? Cuba baiki balik hubungan kau dengan Allah SWT.

Jangan terlalu letakkan perasaan kau pada manusia itu satu benda yang menyenangkan dan menggembirakan. Sebab suatu hari nanti bila kau kecewa, habis semua benda kau buat jadi tidak tentu hala. Kau kena tolong diri kau tu untuk lebih positif. Yakin pada Allah. Sekarang mungkin kau sedih, tapi akan datang kita tidak tahukan. Entah-entah kau lebih gembira dari apa yang kau sangka.


Dari aku yang masih belajar untuk move on